[MK] Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin
bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang
sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran
kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.
Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada
sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap
"konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu
ada.
"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.
"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.
Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula
pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.
ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan
berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja
Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin
tertinggi parti itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai
berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin
tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau
memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.
Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil
keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain
melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.
00
0 comments:
Post a Comment